Sumbangan zakat dan more

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 10 Sep 10 - 0 Comments

Ucapan Perasmian Persidangan Pemuda

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 02 Aug 10 - 0 Comments

Ucapan Dato Shaziman Abu Mansor – siri 1

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 23 Jul 10 - 0 Comments

Ucapan Perasmian siri 2 Dato Shaziman Abu Mansor

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 23 Jul 10 - 0 Comments

KETUA POLIS PERAK

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 20 Jul 10 - 0 Comments

KETUA POLIS TAIPING

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 20 Jul 10 - 0 Comments

ADTEC TAIPING

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 20 Jul 10 - 0 Comments

BACAAN DOA OLEH TUAN HAJI ISMAIL

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 20 Jul 10 - 0 Comments

SINGAPURA BAKAL MENGUASAI MALAYSIA SELEPAS PRU 13

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 19 Jul 10 - 0 Comments

SINGAPURA BAKAL MENGUASAI MALAYSIA SELEPAS PRU 13

Dap bakal menerajui pentadbiran persekutuan dengan bantuan dan sokongan daripada Pas dan Pkr. Dap menggunakan strategi dan program politik dari negara-negara republik sosialis melalui jalinan mereka serata dunia dilihat cerah untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Malaysia juga akan berubah sama sekali segala sistem dan bentuk politik. Islam bukan lagi menjadi agenda utama, raja-raja akan menjadi satu kelompok komuniti seperti raja-raja di Indonesia dan India.

Singapura akan kembali kepada menguasai Malaysia melalu proksi mereka iaitu Dap. Malaysia tak ubah seperi fiksyen hollywood yang menggerunkan.

Hayati data di atas, sepanjang 6 bulan pertama tahun ini Umno masih lagi berjuang untuk menambahkan ahli sementara komponen BN lain masih terus tidur, tidur dan tidur. PPP hanya menambah 4 pengundi baru sungguh memalukan, Gerakan masih leka bermain wayang tongkol dengan 471 pengundi baru, Mic masih kacau bilau, selagi Samy Velli enggan berundur selagi itulah pengundi baru Mic tidak bertambah. Mca boleh lah dikatakan melepas batuk ditangga dengan pengundi baru hampir mencecah 3 ribu orang.

BN sudah tentu akan kalah dengan pengundi baru Pakatan Rakyat yang berjumlah 107,050  gabungan BN hanya berjumlah 59, 363.

Apa sudah jadi Chua Soi Lek, Koh Soo Khun dan Kavies…..letak jawatan lah kalau malas..

Ini lah pejabat Umno Bahagian Taiping hangat diperkatakan dalam dua persidangan tahunan Umno Taiping sejak 2009 dan kali ini 2010.

Usul perwakilan dalam persidangan tahun lalu memohon supaya papan tanda pada pejabat lama diturunkan kerana ia mengelirukan orang ramai terutama kepada orang luar atau pelancong yang datang di Taiping. Sudah tentu mereka akan tertanya-tanya kenapa terdapat banyak sangat pejabat Umno. Ia juga memberikan satu persepsi negatif terhadap Umno Taiping.

TM telah merujuk kepada Setiausaha Umno Taiping mengenai isu ini. Kata beliau selepas persidangan tahunan pada tahun lepas, pihaknya telah mengutuskan surat kepada bekas Ketua Umno Bahagian Taiping yang juga bekas Adun Kamunting iaitu Yang Berbahagia Dato’ Dr Abdul Malek Md Hanafiah agar menurunkan semua papan tanda tersebut seperti mana yang putuskan dalam persidangan tersebut.

Tambah beliau lagi tiada sebarang tindakan diambil sehingga berlangsungnya persidangan tahunan pada Ahad lalu. Sekali lagi beliau menyeru demi kebaikan Umno Taiping eloklah semua papan tanda yang ada di premis tersebut diturunkan.

Selain dari itu Ketua Bahagian juga menyeru kepada Ketua Wanita Umno Bahagian yang juga isteri kepada Bekas Ketua Bahagian supaya menggunakan bangunan yang baru untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti wanita bahagian. Tidak lah  elok, menjauhkan diri dari Pejabat Umno Bahagian.

Ini kerana peringkat bahagian dapat mengetahui apakah aktiviti-aktivi dan apakah bentuk bantuan yang dapat disalurkan oleh Bahagian kepada Wanita.

Orang ramai sudah mula melabelkan beliau sebagai angkuh dan tidak menghormati Adun yang baru ia itu YB Dato Muhammad Zahir dan juga Ketua Bahagian yang baru Dato Hj Ahmad Shalimin.